sekarton kata;
berjurus-jurus disusun bait bicara
sebelum terbit suara lirih
lalu mengetuk dinding malam
agar sepi yang menghunjam diri
diliputi dengan anggur rindu;
Sekarton Kata
Hari ini
hari ini,
kota ini gegak gempita,
bukan kerana tersebarnya virus selesema babi,
bukan kerana terdedahnya gambar lucah selebriti,
bukan kerana harga minyak melambung tinggi,
bukan kerana pantai dilanda tsunami meninggi,
bukan kerana video seks mantan menteri terpampang merata,
bukan kerana rasuah penguasa dimana mana,
tapi kerana menteri yang asyik lena
dengan tepuk sorak gerombolan iblis
yang sangat berarti
untuk terus berkuasa
di tanah air yang tercinta ini.
kota ini gegak gempita,
bukan kerana tersebarnya virus selesema babi,
bukan kerana terdedahnya gambar lucah selebriti,
bukan kerana harga minyak melambung tinggi,
bukan kerana pantai dilanda tsunami meninggi,
bukan kerana video seks mantan menteri terpampang merata,
bukan kerana rasuah penguasa dimana mana,
tapi kerana menteri yang asyik lena
dengan tepuk sorak gerombolan iblis
yang sangat berarti
untuk terus berkuasa
di tanah air yang tercinta ini.
Bumi hitam
segalanya akan terbukti nanti
pabila suara rakyat dibawa keliling
pabila rencana dipersetujui penguasa negeri
pabila demokrasi mula dibagi bagi
oh sungguh indah negeri ini jika ianya mudah sebegini
tepuk sorak para menteri bingit
diselang selikan dengan gelak tawa kesurupan
bersama produser media dayus perdana
mengarang skrip mengarah fitnah
untuk apa cerita ini?
siapakah penonton?
ya Tuhan
sesungguhnya di negeri ini
aku berhadapan dengan nista dan murka
pabila suara rakyat dibawa keliling
pabila rencana dipersetujui penguasa negeri
pabila demokrasi mula dibagi bagi
oh sungguh indah negeri ini jika ianya mudah sebegini
tepuk sorak para menteri bingit
diselang selikan dengan gelak tawa kesurupan
bersama produser media dayus perdana
mengarang skrip mengarah fitnah
untuk apa cerita ini?
siapakah penonton?
ya Tuhan
sesungguhnya di negeri ini
aku berhadapan dengan nista dan murka
mimpi
mimpi-mimpi indah serupa anggur-anggur cinta yang diteguk oleh bibir-bibir kaca yang setia. siangnya kering dibakar mentari. malamnya pula membeku cantumkan kembali detik indah untuk diceritakan dalam drama mimpi nanti. sambil dewa mimpi sibuk memilih lagu latar untuk dimainkankan bersama. bermimpilah selagi mimpimu itu tidak gugur seperti dedaun yang gugur menyembah bumi menjadi baja kepada anggur-anggur yang memabukkan.
tergantung pada kata
Orang bicara bulan bintang di merata
angkara siapa sebenarnya
beribu persoalan tertanya-tanya?
ada yang tersenyum tawa
ada yang terus terpinga pinga
ada yang resah gelisah menunggu masa
ada yang sibuk mencari tukang cerita
ada yang diam menunggu apa akan terjadi seterusnya
medan ini semakin kotor kawan
biarlah mereka terus dicumbui kemewahan
sambil dikejar oleh kata kata
angkara siapa sebenarnya
beribu persoalan tertanya-tanya?
ada yang tersenyum tawa
ada yang terus terpinga pinga
ada yang resah gelisah menunggu masa
ada yang sibuk mencari tukang cerita
ada yang diam menunggu apa akan terjadi seterusnya
medan ini semakin kotor kawan
biarlah mereka terus dicumbui kemewahan
sambil dikejar oleh kata kata
surat cinta seorang lelaki
malam ini
aku bersamanya
meneliti aliran cahaya
dibawah pekat malam
masih tersalut jelaga
malam ini
diam tanpa sebarang kata
hatiku dan hatinya
bersatu dalam pesona
malam ini
aku mahu meneguk baumu
yang harum kasturi
aku bersamanya
meneliti aliran cahaya
dibawah pekat malam
masih tersalut jelaga
malam ini
diam tanpa sebarang kata
hatiku dan hatinya
bersatu dalam pesona
malam ini
aku mahu meneguk baumu
yang harum kasturi
bingit yang membosankan
vibrasi bingit menular dikelilingku
merangsang keinginanku untuk sama menjerit puas
diselang selikan dengan distorsi tragis
bersama herotan suara sinis
melompat rancak;
terguling seakan tubuh lumpuh histeris
penulis prolifik
penjaja tragik
perempuan berseluar ketat kurik
merangsang aku untuk sama menyelami;
keriangan yang meraka alami
fikiran masih celaru
membaurkan segala rasa yang terbuku
menyerak-nyerakkan rasa mual dan loya
bilakah agaknya tuhan mahu mengupas buang
jaring-jaring awan digelap yang berselindung
disebalik teater hidup ini
merangsang keinginanku untuk sama menjerit puas
diselang selikan dengan distorsi tragis
bersama herotan suara sinis
melompat rancak;
terguling seakan tubuh lumpuh histeris
penulis prolifik
penjaja tragik
perempuan berseluar ketat kurik
merangsang aku untuk sama menyelami;
keriangan yang meraka alami
fikiran masih celaru
membaurkan segala rasa yang terbuku
menyerak-nyerakkan rasa mual dan loya
bilakah agaknya tuhan mahu mengupas buang
jaring-jaring awan digelap yang berselindung
disebalik teater hidup ini
Mungkin dan Tak Pasti
Sebelum kutinggalkan kota ini, ingin juga ku tinggalkan nyawa disini biar menjadi umpan buat si ikan-ikan sepi yang dahagakan keluhan batin rimba. Kalaulah tiada rezeki buatku di sini, kubiarkan umpan ini reput menjadi debu-debu yang bisa memantau kebahagiaan mereka.
"Kurelakan jasadku tak bernyawa,
Kurelakan batinku tak ternoda,
Kurelakan jiwaku kosong tanpa prosa-prosa cinta"
Malam ini aku letih melayan panahan berbisa sinar-sinar kosmos yang menghidupkan sel-sel cemburu serta menjadi katalis untuk aku terus bercerita mengenai kekalahanku. Kekalahan yang tak pasti bilakah akan menemui kemenangan abadi. Atau mungkin aku terus bercengkerama dengan mazmur-mazmur rindu yang terusan menjadi teman hidup selamanya.
Mahu saja aku mengetuk pintu ketiga dalam hati ini dan berkata: "Sampai bila kau mahu beronani dengan khayalanmu itu yang tak mungkin akan terjelmakan ke alam realiti?". Dan kubiarkan dua pintu lagi terbuka luas menerima apa saja gumam-gumam yang lantas menerbitkan gurindam yang selalu dimainkan ketika kau yang tidak bernama dan tidak berwajah muncul di benak fikiran.
***
Suara-suara jujur lantang kedengaran dikala angin meniup lembut rambutmu. Kupakukan seketika pandanganku seperti bayi yang setia meneguk susu ibunya. "Oh wtf, kalaulah aku dapat....."
Waktu Itu
Hujan pagi ini merencatkan kumbang-kumbang jantan kelaparan terbang mencari secangkir madu buat kekasih hati.
***
Kubuka jendela alam supaya awan-awan kelam bisa diterjemahkan menjadi lirik lagu rindu sang hati lelaki. Kata-kata luhur mengurai rambut-rambut lembut dalam jiwa sang lelaki sepi yang terus menadah minta dimiliki. Walau secerah manapun siang, seterang manapun lampu neon, aku terus merangkak deras merentasi nafsu-nafsu maya kehidupan. Sederas air yang menghempas batu membentuk seribu arca noda yang kugantung kedinding menjadi hiasan mata hati. Takkan hilang dek gontaian waktu yang tak pernah jera menjebrolkan saat-saat duka.
***
Kususunrapat detik-detik waktu itu menjadi menjadi satu storyboard yang bisa ku pancar ke dinding suatu hari nanti buat tatapan kita bersama.
The Moment
Bertahun-tahun dahulu, setiap hari aku kenakan baju biru lusuh dengan seluar biru gelap bersama kasut kain hitam yang menampakkan stokin putih malap untuk ke sekolah. Kasut kain tersebut telah diubahsuiai oleh ayahku kerana asalnya kasut tersebut ialah kasut bola dan stadnya dipotong supaya hilang bunyi hentakan stad pada lantai simen di sekolah.
"Jangan ingat ayah beli kasut bola ni untuk buat kasut sekolah adik sebab ayah tak ada duit"
"Habis tu, kenapa yah"
"Ayah nak adik belajar laju, tangkas, ligat macam Mokhtar Dahari gelecek bola dan jaringkan gol"
Aku hanya melompat-lompat riang seperti anak burung pipit yang baru dapat suapan makanan dari ibunya setelah sekian lama menunggu. Ayah hanya tersenyum melihat gelagat aku yang tidak sabar menunggu hari esok untuk menayangkan kasut baru. Dalam hatinya mungkin tertawa riang kerana muslihatnya telah berjaya kerana berhari-hari aku mogok tidak mahu makan sebab nakkan kasut baru. Jelas terpancar kegembiraan pada wajah ayah yang meregangkan segala kedut-kedut umur di dahinya.
Apalah ertinya budak umur 10 tahun mengerti perihal "dressing up-to-date" di kala persekitarannya hanya dikelilingi pokok kayu hutan yang menjadi lubuk rezeki penduduk setempat. Termasuk ayah aku. Celah-celah pokok getah bagaikan taman permainan, pasar malam bagaikan shopping mall, parit-parit dan sungai bagaikan Sunway Lagoon zaman aku.
Kerap kali juga aku bertanyakan soalan-soalan yang membuatkan ayah seringkali termenung sejenak barangkali menyusun rapi ayat-ayat supaya aku tidak sedar dengan kesempitan hidup yang dialami.
"KFC tu makanan apa yah?"
"KFC tu macam ayam goreng yang mak kau selalu masakkan untuk bekal sekolah"
Aku mengangguk tanda setuju.
"Kenapa TV rumah kita ni kecik je yah"
"Buat apa TV besar-besar, kalau TV kecil ni tunjuk cerita gaban, yang besar pun sama juga. Kau tengok kenapa orang bandar ramai yang pakai cermin mata. Sebab mereka tengok TV besar"
Aku terus merapati ayah yang sedang khusyuk membuat sangkar ayam sambil bercerita mengenai keberhasilan belajar di sekolah aku berbanding belajar di kota. Ayah bercerita seperti tok dalang yang lantang membenarkan setiap plot ceritanya.
***
Lamunan seorang guru tua terhenti seketika di kala membaca sebuah keratan berita daripada akhbar tempatan:
Kuala Lumpur - Sepuluh orang pelajar sekolah telah ditangkap oleh sekumpulan penduduk taman yang didapati berpeleseran di sekitar kawasan berkenaan pada waktu persekolahan. Mereka yang lengkap berpakaian seragam sekolah telah diekori beberapa kali oleh penduduk di sini dan didapati berkumpul sesama mereka di dalam perumahan yang terbiar. Saksi yang namanya ingin dirahsiakan memberitahu pelajar ini kerap kali berada di kawasan ini sejak cangan KFC dibina di sini. Menurutnya lagi pihak KFC disarankan agar mengambil tindakan segera rentetan dari kejadian ini. Pelajar- pelajar yang ditangkap telah dibawa ke balai polis berhampiran dan pihak sekolah serta ibu bapa telah dipanggil untuk siasatan lanjut.
azimatamu
Buatmu kuhadiahkan sepotong kata azimat yang telah kumamahlumat bersama campuran sepuluh rempah rasa: suka, duka, manis, riang, nyali kecil, marah, sedih, kecewa, dan dot dot dot. Kukira mampu membuatmu terus menyulam bait-bait sinar cahaya yang akan terus menyinari gedung kelam ini.
***
Tapi ke mana engkau kala aku buka tirai tabir yang menampakkan seluruh gedung dusta dimana engkau tersesat berabad lama dalam mencari lubang sinar kehidupan. O kau masih terjoblos di balik dinding-dinding kelam itu. Akanku tumbuk dinding-dinding kelam itu biar hancur berantakan menampakkan seluruh pelosok tubuhmu yang masih mongel bergelar ratu perawan.
***
Biar kau tak bisa lari kemana selain aku dan hadiahku ini.
Monotonus cinta seorang lelaki
Terbaring lena menanti waktu semua nikmat yang telah dimiliki selama ini pudar bersama helaian rambut yang terus gugur satu persatu menandakan usia telah tiba di penghujungnya. Berbantalkan perca perca kain yang dikumpul dari longgokan sampah disebelah kedai jahit bisa menerbitkan sebuah mimpi indah dengan cermin-cermin mimpi saling memantulkan wajah-wajah yang telah lama ku tinggalkan dahulu. Bertilamkan kotak susu dan berselimut dengan debu-debu kemewahan manusia celaka, aku masih galak mengisi ruang-ruang kosong nota poket aku yang sudah tidak berkulit. Bait-bait kata terlintas di jalur fikiran membuatkan aku terus menghunus mata penaku menghasilkan puisi yang aku tak pasti ini sebuah puisi,
Betis-betis licin wanita,
sepatu mahal lelaki,
melewati pandangan nista mereka,
tatkala aku merengek hina,
menadah tabung nyawa,
yang......
Lampu khayalan tiba-tiba terpadam dek kedengaran bualan entah dari mana.
"orang gila pun reti gak menulis"
"mungkin dulu dia banyak menulis sangat kot"
"sampai mereng kepala"
Aku mendongak melihat dari mana datangnya vibrasi bunyian itu. Berdiri sekumpulan anak muda berkot hitam dan berskirt paras paha sambil memegang fail tebal, mungkin balaci pencacai najis si beruk-beruk atasan agaknya. Mereka menjeling kearah aku sambil tersenyum memerhati keadaan pakaian aku yang hampir menampakkan seluruh pelusuk tubuh. Aku menutup sedikit bahagian yang aku rasa mampu membuatkan wanita hilang kawalan nafsu jika memandangnya.
Ting! Ting! Ting! bunyian bersahutan. Aku membalas dengan selembar senyuman. Mungkin hari ini rezeki aku mampu menampung tuntutan dunia sehjingga pagi esok. Seperti juga Chuck Noland yang setia bersama Wilson si bola tampar, setiaku pada buku nota buruk serta cawan lusuh ibarat sebuah ikatan mati yang tak akan terputus oleh sebuah kumuhan kata itu.
***
Beberapa tahun dahulu, aku bersama dia berkongsi sebuah kehidupan yang diselimuti dengan janji janji indah bersama segunung impian yang tak mungkin runtuh dilanda bencana Tuhan. Semua perkara dilakukan bersama bak kata Christopher McCandless dalam Into The Wild: "Happiness only real when we shared" menjelmakan sejuta kemanisan yang boleh menjadi campuran nikotin dalam menu kehidupan seharian, ketagih mencipta kronologi infiniti.
"ah, kenapa aku menerawang sampai ke tahap ini!!!"
***
Aku masih berharap jika masih ada manusia yang sanggup menghulur saham akhirat kepadaku si perawan tua. Menunggu menunggu menunggu menunggu dan terus menunggu. Seorang gadis sunti berhenti seketika di hadapanku dan terus duduk bersila merenung tajam kedua belah mata seperti si singa betina merenung mangsanya si tragulus pygmoeus untuk santapan pesta malamnya. Lirikan matanya bak panahan listrik yang merencatkan lorong nafsu ini dan terasa ingin bersenggama dengan keayuannya. Lututnya dirapatkan lagi sehingga keempat lutut kami saling bersentuh menyatukan kedua tubuh bagaikan si malaikat yang mahu menyampaikan wahyu daripada Tuhannya kepada si Nabi. Pandangannya terus merenung tajam tanpa sekali pun berkelip.
"Aku membawa utusan daripada kayangan"
"Kau ni siapa sebenarnya"
"Itu tidak penting kepadamu, Maharaja Siong Siatania ingin bertemu denganmu untuk memberikan sesuatu kepadamu"
"Siapa Maharaja Siong Siatania?"
"Dia penjaga lagit ke-lapan"
"Beri apa, apa salahku, aku masih belum mahu mati, tidak!!!!"
Mulutku hanya mampu menjerit tetapi tubuhku tetap kaku tidak mampu meronta meloloskan diri dari pandangan si gadis itu. Adakah ini saat akhirnya aku di dunia ini?
***
Jika benar ini saat pengakhiran aku di sini, biarkan aku coretkan kata akhirku di sini, dinding tempat aku bersandar selama puluhan tahun setelah engkau pergi dahulu membawa bersama bahagia yang telah kita cipta di setiap momen waktu. Aku meminta supaya tanganku dibebaskan seketika supaya aku dapat mencoretkan kata akhirku di sini:
Kekadang dunia ini begitu kejam,
Kosong, kelam, sunyi tak berteman,
Aku tinggalkan kau di sini,
Bersama nota hidup palsu,
Yang aku coretkan dahulu,
Jasadku tak pernah bercantum dengan jasadmu,
Jiwaku tak mungkin bersatu dengan jiwamu,
Kerna kau hanya taman indah di mataku,
***
Gadis tadi membisik seraya tersenyum, "jangan kau bimbang, dia sedang menunggumu di sana bersama keinginanmu selama ini yang hanya harapan semata-mata". Aku tersentak dengan katanya yang seakan telah membaca diari hidup aku yang aku sendiri tidak pernah tulis. Aku terus tersenyum dan menyerahkan sahaja tubuhku ini untuk diangkat ke sana. Tempat yang tiada titik noktah untuk aku dean dia bersama.
***
Sebuah ceritera yang berakhir dengan senyuman seperti drama melayu kebiasaannya akan ku abadikan bersamanya walaupun aku masih tidak pasti wujudkah janjinya di sana. Selamat tinggal dunia.
Egois antara AKU dan DIA
Aku melewati ribuan jasad hewan yang leka menyusui anak-anak mereka sehingga mengalir susunya membanjiri lorong-lorong kecil ini. Ada jantan, betina, pengkid, gayboy, muda, tua, baby face, jambu dan selainnya.
Hewan-hewan gelandangan ini tidak menghiraukan herotan mata liar si jantan yang memujuk untuk make love. Si jantan yang berposing ala Malik Noor terus menerus memikat si betina ayu sehinggalah habis segala idea yang dipertaruhkan untuk sebuah ereksi asyik. Aku memerhati gelagat mereka dari jauh sambil melirikkan mata kearah teman-teman mereka yang turut gelisah dengan kelakuan menjijikkan si jantan playboy jempolan. Kejadian itu seperti satu lelucon lucu yang menerbitkan senyuman pada wajahku. Aku tidak henti-henti melemparkan lirikan mata sambil bibir menegang panjang menampakkan barisan kekuning gigi pada gelagat si jantan yang gagal dalam memancing simpati si betina ayu itu.
***
Tersentak sejenak butir butir sentimentalis dalam jiwa halusku setelah si betina ayu menguik nguik manja si jantan. Anak kecil yang telah senyap dari merengek haus dahagakan susu badan ibunya tadi leka dengan dodoian enak yang penuh dengan variasi rentak dan nada. Anaknya dibiarkan lena diatas paha yang masih mengiurkan nafsu mana mana jantan. Aku menadah sahaja telinga mencuri dengar perbualan mereka.
"I saja je nak tengok sekental mana semangat jantan u" ucap sang betina ayu.
Si jantan terus merapati si betina ayu. Tubuhnya erat dipeluk si betina ayu seperti mahu saja badan mereka dicantum rapat menjadi satu. Satu jiwa, satu rasa, satu cinta, satu nyawa. Mereka terus tenggelam dalam kabus-kabus asmara yang mekar terkondensasi menjadi tetesan-tetesan suci sebuah epilog cinta yang akan kekal abadi.
***
Aku di sini melarikan pandangan dari sisi asmara mereka. Biarkan. Di manakah aku bila dia seakan-akan membuka jendela harapan untukku menghuraikan segala simpulan yang kusut terikat menjadi segumpal darah hitam dalam zarah-zarah egoisku.
Kembalilah.
Kembalilah.
Kembalilah.
Kembalilah.
Kembalilah padaku wahai wanita-wanita metropolis,
biar aku goncangkan ubun-ubun kepalamu dengan buih-buih cahaya,
biar terang gempita dunia kelamku,
***
Si hewan pulang dengan senyum terukir indah dan aku.....aku akan terus mencari dimana tersoroknya sebuah cahaya yang lebih terang dari cahaya venus.
Mengorek lubang kenangan
Jealous Guy oleh John Lennon aku setkan mod repeat pada pemacu lagu komputer supaya boleh dimainkan berulang kali sehingga aku mampu ikut setiap rentak dan bibir serta lidah selari dengan apa yang dituturkan oleh John. Beginilah tabiatku bila aku tergilakan sesebuah lagu. Tatkala John memulakan dengan I was dreaming of the past, aku merasa seperti berjalan di pesisir pantai di bawawah kekuning mentari memerhati bekas telapak kaki hilang dipadam oleh air laut, mengenang kembali kenangan silam yang yang mampu digarap menjadi jurnal kehidupan.
"I was shivering inside" dan "I was swallowing my pain" seakan memerli aku yang selalu bersekedudukan dengan kesakitan lampau.
Tetapi aku harus bangkit dari masa silam yang telah lumat dimamah anai anai waktu.
.............................................................
I was dreaming of the past.
And my heart was beating fast,
I began to lose control,
I began to lose control,
I didn't mean to hurt you,
I'm sorry that I mad you cry,
I didn't want to hurt you,
I'm just a jealous guy,
I was feeling insecure,
You night not love me any more,
I was shivering inside,
I was shivering inside,
I was trying to catch your eyes,
Thought that you were trying to hide,
I was swallowing my pain,
I was swallowing my pain.
..............................................................
Aku terus meneguk mazmur rindu ini sehingga mataku hilang kewarasan dunia.
"I was shivering inside" dan "I was swallowing my pain" seakan memerli aku yang selalu bersekedudukan dengan kesakitan lampau.
Tetapi aku harus bangkit dari masa silam yang telah lumat dimamah anai anai waktu.
.............................................................
I was dreaming of the past.
And my heart was beating fast,
I began to lose control,
I began to lose control,
I didn't mean to hurt you,
I'm sorry that I mad you cry,
I didn't want to hurt you,
I'm just a jealous guy,
I was feeling insecure,
You night not love me any more,
I was shivering inside,
I was shivering inside,
I was trying to catch your eyes,
Thought that you were trying to hide,
I was swallowing my pain,
I was swallowing my pain.
..............................................................
Aku terus meneguk mazmur rindu ini sehingga mataku hilang kewarasan dunia.
aku dan mereka
Ketika mereka geger bersuka ria,
aku terhidu kebencian dibalik dewan itu,
iringan seksofon melewati ruang waktu,
mengulit nafsu yang mampu berereksi,
bersama pari pari kayangan
aku melihat jarum minit menongkah arus,
perlahan kekadang kaku
tersurut kebelakang kekadang maju kedepan,
aku terus;
menghamba telinga,
mengabdi mata,
merela mulut terkunci,
memalsu kehendak hati,
memati gerak diri,
membiar mereka terus terperangkap di sini,
biarkan mereka,
Andainya cahaya tungsten secerah sinar mentari,
akanku tinggalkan gelap malam
yang berteman mimpi-mimpi basah
bersama mereka perempuan jalang,
aku terhidu kebencian dibalik dewan itu,
iringan seksofon melewati ruang waktu,
mengulit nafsu yang mampu berereksi,
bersama pari pari kayangan
aku melihat jarum minit menongkah arus,
perlahan kekadang kaku
tersurut kebelakang kekadang maju kedepan,
aku terus;
menghamba telinga,
mengabdi mata,
merela mulut terkunci,
memalsu kehendak hati,
memati gerak diri,
membiar mereka terus terperangkap di sini,
biarkan mereka,
Andainya cahaya tungsten secerah sinar mentari,
akanku tinggalkan gelap malam
yang berteman mimpi-mimpi basah
bersama mereka perempuan jalang,
kumatkumit hidup
biarkan lembaran hidup ini
berputar melawan arus lautan membiru,
jika banyaknya nikmat dunia
disamaertikan dengan banyaknya air di laut,
manakah nikmat untuk aku kecap tika ini,
sedang umat manusia bertelagah,
dengan gumam terus membisu,
menanti hala tuju dunia yang masih berselimut lendir dosa,
..
berputar melawan arus lautan membiru,
jika banyaknya nikmat dunia
disamaertikan dengan banyaknya air di laut,
manakah nikmat untuk aku kecap tika ini,
sedang umat manusia bertelagah,
dengan gumam terus membisu,
menanti hala tuju dunia yang masih berselimut lendir dosa,
..
Biarkan
Kemurungan ini tidak perlu diproklamasi sebagaimana engkau memamer susuk tubuhmu kepada lelaki lelaki sial. Biarkan hidup yang jembel ini larut kerna aku masih mampu menjilat sisa sisa manusia yang telah digonggong anjing bajingan.
Aku tidak rela dikonsolidasi dengan kaum-kaum borjuis yang bangga berbikini dan pandai bermain akrobat dengan badannya mampu dilipat-lipat. Hingga kemaluan mereka mampu dijilat-jilat.
Biarkan
Aku tidak rela dikonsolidasi dengan kaum-kaum borjuis yang bangga berbikini dan pandai bermain akrobat dengan badannya mampu dilipat-lipat. Hingga kemaluan mereka mampu dijilat-jilat.
Biarkan
dakwat pudar kehidupan
Kenakalan lampau membayangi ruang fikiran. Langkah ini selalu tersekat oleh bayangan dosa lalu. Kesekian kalinya kaki ini melangkah menyusur tepian sungai jernih menuju ke tempat persemaian abadi. Suara-suara merdu memanggil-manggil. Mata, liar mencari sumber bunyi yang aku pasti datangnya dari rongga mulut wanita. Kaki, seolah dapat membaca ke mana hati ini mahu membawa jasad pergi. Fikiran, berharap ketemu wanita secantik Taylor Swift buat kali terakhir dalam perjalanan hidup ini.
Kaki berhenti seketika. Suara itu perlahan lahan hilang bersama samar kabut pagi. Yang tinggal hanya si camar yang tak henti mengongoi.
oh fuck,
Sampai kapan lagi jiwa ini mampu merasa nikmat ke-10 setelah 9 nikmat lain telah aku rangkul sepanjang 99 tahun aku bernafas di dunia ini. Mungkin ianya menanti aku bersama beribu nikmat ukrawi di sana.
Sesungguhnya keindahan itu adalah kehidupan.
Kaki berhenti seketika. Suara itu perlahan lahan hilang bersama samar kabut pagi. Yang tinggal hanya si camar yang tak henti mengongoi.
oh fuck,
Sampai kapan lagi jiwa ini mampu merasa nikmat ke-10 setelah 9 nikmat lain telah aku rangkul sepanjang 99 tahun aku bernafas di dunia ini. Mungkin ianya menanti aku bersama beribu nikmat ukrawi di sana.
Sesungguhnya keindahan itu adalah kehidupan.
.....
sepi
berteman malam sunyi
unggas malam nyenyak bersemadi
seperti aku tidak berkaki
menggapai bahagia dunia
bersama kamu pelangi hitam,
kembara ini belum berkesudahan
takkan berhenti mengalah
sekalipun dihalang jin jin tempang
meronta ronta mencari dosa
dari setitik wiski jarang
mengalir dingin ke rongga fikiran,
sepi
kembali menghantui malam
hilanglah engkau bersama kepul noda
tinggalkan aku di sini
bersama secawan kopi
sebalut lenteng wangi
berteman malam sunyi
unggas malam nyenyak bersemadi
seperti aku tidak berkaki
menggapai bahagia dunia
bersama kamu pelangi hitam,
kembara ini belum berkesudahan
takkan berhenti mengalah
sekalipun dihalang jin jin tempang
meronta ronta mencari dosa
dari setitik wiski jarang
mengalir dingin ke rongga fikiran,
sepi
kembali menghantui malam
hilanglah engkau bersama kepul noda
tinggalkan aku di sini
bersama secawan kopi
sebalut lenteng wangi
ludah kata
tentera-tentera malam;
tinggalkan senjatamu di sana
jangan kemari kalian,
aku bersuara kerdil
bisa tenggelam di lautan embun kata,
kerana malam sundal itu
tinggalkan senjatamu di sana
jangan kemari kalian,
aku bersuara kerdil
bisa tenggelam di lautan embun kata,
kerana malam sundal itu
kerastatik
hari ini
keindahan alam
kesunyian belantara
daun daun hijau bersiul siulan
menjemput kami kebimbangan
runsing;
oh kau
dari mana muncul
entah dari mana datangnya
ketika ini bersimpuh
melarikan pandangan mata lelaki
ke sudut ghairah
kening turut tersenyum
aku tersisih daripada nikmat rasa
yang semakin pudar warnanya
ditelan keriuhan hilai tawa
kamu,dia,dia,dia;
dan dia lagi,
ayuh tayar bawaku pergi
bunga-bunga liar penyeri hari
terang besinar bercanda ria
di samping kamera penangkap wajah
teropong ini terus setia
menangkap gerak geri
yang entah bila akan disedari;
kekadang hidup ini penuh persoalan;
dan kenapa aku di sini.
melodilusi ini;
jangan ke mana mana
temani aku di sini,
hingga aku terbaring kaku
bersama kelambu mimpi.
keindahan alam
kesunyian belantara
daun daun hijau bersiul siulan
menjemput kami kebimbangan
runsing;
oh kau
dari mana muncul
entah dari mana datangnya
ketika ini bersimpuh
melarikan pandangan mata lelaki
ke sudut ghairah
kening turut tersenyum
aku tersisih daripada nikmat rasa
yang semakin pudar warnanya
ditelan keriuhan hilai tawa
kamu,dia,dia,dia;
dan dia lagi,
ayuh tayar bawaku pergi
bunga-bunga liar penyeri hari
terang besinar bercanda ria
di samping kamera penangkap wajah
teropong ini terus setia
menangkap gerak geri
yang entah bila akan disedari;
kekadang hidup ini penuh persoalan;
dan kenapa aku di sini.
melodilusi ini;
jangan ke mana mana
temani aku di sini,
hingga aku terbaring kaku
bersama kelambu mimpi.
Subscribe to:
Posts (Atom)